Protes anti kerajaan Somchai Wongsawat

Sejak Ogos 2008, protes dari Perikatan Rakyat bagi Demokrasi Thailand (PAD) mengadakan tunjuk perasaan antikerajaan mula berarak ke Parlimen di Bangkok dalam usaha "terakhir" mereka untuk menjatuhkan kerajaan. Seterusnya menawan Rumah Kerajaan iaitu pejabat Perdana Menteri Thailand. Ketua penunjuk perasaan antikerajaan ialah Chamlong Srimuang.

Tentera telah menyiapkan 21 kompeni seramai 2000 orang membantu polis mengawal situasi. Pada 13 Oktober 2008, protes antikerajaan bertukar ganas apabila polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang cuba menghalang Somchai daripada menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di Parlimen [9]. Pada 22 November 2008, sebutir bom roket meletup di halaman Rumah Kerajaan , seorang terbunuh dan 29 orang cedera.[10]

Kemudian mereka menguasai dua lapangan terbang utama iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Don Mueang. Penunjuk perasaan berkampung di lapangan terbang menanti Somchai yang akan pulang dari sidang kemuncak APEC di Lima, Peru. Somchai mendapat di Chiang Mai, utara Thailand.

Pada 21 November 2008, Kesatuan sekerja sektor awam Thailand diketuai Sawit Kaewvan melancarkan protes besar-besaran jika kerajaan enggan meletak jawatan selewat-lewatnya 25 November 2008. Kesatuan ini mewakili 200,000 pekerja dari 43 agensi kerajaan.[11]

Pada 27 November 2008, selepas mesyuarat khas Kabinet Thailand di Chiang Mai, Somchai Wongsawat mengisytiharkan perintah darurat di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Don Mueang yang dikuasai penyokong antikerajaan. Perintah darurat itu membenarkan tentera bertindak mengawal keadaan, melarang perhimpunan melebihi lima orang dan melarang media daripada melaporkan berita yang mampu mencetuskan keadaan panik. Tentera dilarang meninggalkan berek mereka, ketika timbul khabar angin mengenai rampasan kuasa tentera. Perdana Menteri tidak merancang untuk memecat Ketua Tentera, Jeneral Anupong Paochinda selepas jeneral itu menggesa Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan bagi meredakan krisis politik . Pegawai tertinggi tentera darat, laut dan udara membincangkan kewajaran rampasan kuasa ke-19 dalam tempoh 76 tahun.[12]

Rujukan

WikiPedia: Somchai Wongsawat http://ap.google.com/article/ALeqM5hG71oGl1LokvZph... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=093... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=112... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt...